Akil berjaya mengajak Cikgu Shila keluar dengan bantuan Kimchi. Siti berjumpa Akil untuk menuntut semula Cincin 4 Keramat milik ayahnya kerana mahu dihapuskan. Akil tidak ada ilmu untuk mengawal jin-jin itu. Oleh sebab terlalu sibuk dengan persiapan untuk keluar bersama Cikgu Shila, Akil mengendahkan Siti. Jin-jin Tok Misai tidak berhenti untuk menolong Akil dalam mendapatkan Cikgu Shila. Akhirnya, Akil dan Cikgu Shila bercinta dengan pertolongan gigih jin-jin itu. Namun Akil jadi risau kalau-kalau Cikgu Shila takut untuk keluar dengannya lagi jika cikgu itu tahu tentang khabar angin ada makhluk halus sering berkeliaran di rumahnya pada waktu malam.